Assalamualaikum!!
Aku x ingat tarikhnye berlaku biler..tapi ia berlaku awal bulan 5 dimana aku sudah mula pressure dgn study aku..dlm masa itu juga lah girlfriend aku meninggalkan aku keseorangan bile aku memerlukan dia disisiku..bulan 5 merupakan bulan yang sedih bagi aku kerana byk tekanan yang aku hadapi…dengan masalah study aku dengan masalah family aku dengan ditinggalkan oleh girlfriend aku..aku rasa seperti tidak mahu hidup didunia ini lagi..tapi apa kan daya nyawaku belum ditarik oleh malaikat maut..sungguh ku tak sangka hebat sungguh dugaan yang aku hadapi..yang paling aku sedih ialah bile teman wanita ku meninggalkan aku bile aku dlm kesusahan yg perit ini..hanya kawan2 aku la tempat aku bergantung..walaupun x ramai yang ambil kisah tetapi terima kasih kepada kawan2 aku yang membantu aku dlm menghadapi waktu2 susah ini..kadang kala aku rasa ingin membenci teman wanita aku itu..tetapi aku x mampu kerana dalam hati aku..masih ada Dia..masih Mencintai Dia..masih Merindui Dia..Masih Inginkan Dia..walaupun bunyinya agak jiwang tapi itu la apa yg aku rasa di dalam hati ini sehingga kini..apa yang aku mampu buat ialah melihat dia bahagia & meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba ini..bulan 5 juga ialah bulan aku gagal dlm exam HPL PPL aku..aku rasa begitu sedih rasa ingin berputus asa sahaja..Hari itu juga aku jatuh sakit dengan teruk..walaubagaimanapun aku redha menghadapinye..bulan 5 juga aku byk kali dimaki oleh instructor engine aku..namun aku hanya bersabar walaupun dikutuk & digelak oleh kawan2 sekelas aku..
Pada Masa itu,seorang kawan aku pun x membantu aku even kalo ada teman wanita aku dpt lah aku mengadu nasib tetapi hidup aku sudah mula kosong..tanpa apa2 erti..bile pulang kerumah kawan2 aku ada sahaja yang sibuk dengan hal masing2…tetapi aku x boleh berbuat apa2 hanya berdoa kepada Tuhan agar menyenangkan dugaan yang aku hadapi ini..kadang kala rasa ingin sahaja bunuh diri kerana dugaan ini..Terima Kasih juga kepada Buku "Dare To Failed" kerana buku itu byk membantu aku dlm waktu2 sukar..terima kasih kepada Acu iaitu mak cik ku yg memberi aku buku itu..
Bila aku Pulang setiap weekend aku lihat kawan2 aku termasuk Ex-girlfriend aku semuanye nampak gembira dengan hidup masing2 seperti tiada masalah bagi mereka..kadang kala disudut hati ini aku terasa cemburu dengan mereka…lagi2 mostly kawan2 aku semua sudah mula masuk kealam percintaan dimana semua yang tinggal diUniversity sudah mempunya teman mesra masing2…kadang kala aku rasa alangkah indahnye saat2 itu..kadang kala bila aku pikir kemasa silam aku bersama Ex-girlfriend aku..aku rasa rindu dengan masa itu..ingin sahaja aku pergi kembali ke masa itu utk membetulkan silap aku & merasa kegembiraan seperti kawan2 aku sekarang..tetapi semuanye telah ditentukan oleh Tuhan apa yang lepas tidak dapat ku perbaiki lagi…aku harap jika aku diberi peluang sekali lagi..InsyaAllah aku akan menggunakannya sebaik mungkin..
Luahan aku ini bukan lah meminta simpati tetapi aku tidak dpt menahan & menyimpan lagi perasaan ini didalam hati ini kerana ia membuatkan aku tidak senang duduk & berasa sunyi yang teramat..kerana kesunyian adalah kesakitan yang paling menyakitkan..
Aku harap Tuhan akan memberikan aku kebahagiaan yang berpanjangan suatu hari nanti..tetapi jika Tuhan sudah bersedia mengambil semula nyawa yang Dia berikan kepada aku ini aku Redha & bersedia menghadapinya..
Sekian..